Senario
Bos anda memerlukan satu sistem yang membolehkan dia mengurus pekerja-pekerja syarikatnya mengikut "department". Setiap pekerja akan di"group" kaan mengikut department. Bos anda boleh menambah,mengubahsuai, melihat senarai dan juga memadam data pekerja menggunakan "web browser"
Penyelesaian
Anda akan menggunakan Ruby On Rails versi 2.3.3 untuk bahasa aturcara utama dan menggunakan MySQL sebagai server untuk storan data yang digunakan. 1 database akan dicipta dan dinamakan "employees_development" dan ia akan mempunyai 2 table, iaitu "employees" dan "departments".
Saya akan menggunakan konfigurasi seperti berikut :
- Folder projek c:\ror_projects\employees
- MySQL username = root password =
Langkah 1 : Bina projek bernama "employees" di c:\ror\projects
Buka konsol MS-DOS prompt dan taip arahan berikut
- cd c:\ror_projects
- rails -d mysql employees
- cd c:\ror_projects\employees
- ruby script/server
Hasilnya akan seperti gambar rajah di bawah
Jika anda berjaya sampai ke tahap ini, bermakna anda telah berjaya menjalankan aplikasi pertama Ruby on Rails anda ! Tahniah.
Siri seterusnya, saya akan mengajar anda untuk mengkonfigurasi database. Jika ada masalah atau pertanyaan, sila gunakan ruangan komen di bawah.
salam.. nak tanya kalau pakai cakephp, tutorial dia lain ke?
ReplyDelete