Friday, September 18, 2009

ROR: Bina sistem pengurusan pekerja : Siri 3



Siri ini saya akan mengajar kamu teknik-teknik berikut :
  1. membuat validation sebelum benarkan data disimpan dalam database
  2. membuat dropdown untuk pilihan department dalam borang pendaftaran employee


Validations
Jika membuat aturcara di dalam PHP, untuk membuat tapisan borang, saya terpaksa membuat coding khas untuk menapis data yang dihantar melalui $_POST atau $_GET mengikut field-field form yang tersedia. Satu field seperti username umumnya akan memerlukan beberapa validation seperti :
  • aksara minima
  • aksara maksima
  • kena periksa samaada username hanya mengandungi huruf dan nombor sahaj
  • kena periksa username tidak bertindan di dalam database
Dan untuk memeriksa 1 field sahaja, saya perlukan 1-2 hari untuk membuat kod PHP untuk tujuan itu. Tetapi kini dengan bantuan Ruby On Rails, validation hanya perlu di letak di dalam fail employees/apps/models/* sahaja.


Model Relationships
Di dalalm dunia RoR, kita tidak perlu coding SQL yang kompleks seperti Joins,GroupBy dan sebagainya kerana RoR menggunakan konsep ORM atau Object Relational Mapping. Dalam projek ini  hubungan antara table employees dan departments adalah seperti berikut
  • Department hasMany Employees
  •  Employee belongsTo Department
Di dalam table Employee ( employees ), ada satu kolum khas untuk merujuk Department manakah Employee itu dimiliki ( department_id ). Dalam RoR, kita perlu merujuk kepada Model dan bukannya nama table.

No comments:

Post a Comment