Friday, September 18, 2009

ROR: Bina sistem pengurusan pekerja : Siri 2




ROR: Bina sistem pengurusan pekerja : Siri 1

Siri ini adalah yang kedua dalam Tutorial Bina Sistem Pengurusan Pekerja. Sekarang anda telah mempunya projek Ruby On Rails yang bernama employees yang terletak di c:\ror_projects\employees .



Langkah 1 : Konfigurasi Database MySQL
Untuk mengubah konfigurasi database MySQL, anda perlu mengubah fail berformat YAML di employees/config/database.yml . Perlu diingatkan, fail ini berformat YAML, jangan guna TAB , hanya spacing sahaja dibenarkan.  Buka fail tersebut dan ubah mengikut spefikasi anda, dalam tutorial ini saya menggunakan konfigurasi berikut :

development:
  adapter: mysql
  encoding: utf8
  reconnect: false
  database: employees_development
  pool: 5
  username: root
  password:
  host: localhost

Save fail tersebut dan seterusnya kita akan menggunakan arahan konsol untuk mencipta database bernama employees_development. Buka konsol MS-DOS anda dan pergi ke folder c:\ror_projects\employees. Untuk mencipta database, laksanakan arahan berikut :

rake db:create

Arahan di atas akan mencipta satu database bernama employees_development. Anda boleh melihat database tersebut menggunakan PhpMyAdmin atau menggunakan MySQL Console.

Gambar di atas menunjukkan database employees_development telah berjaya dicipta, dengan menggunakan arahan show database, konsol MySQL akan menyenaraikan kesemua database yang terkandung di dalamnya. Ruby on Rails memudahkan anda untuk mencipta database dengan menggunakan arahan rake db:create . Arahan ini sama sahaja seperti anda melaksanakan arahan create database employees_development; di dalam konsol MySQL.


Langkah 2 : cipta table employees dan departments
Dalam tutorial ini, kita akan menggunakan 2 table, iaitu employees dan departments.

struktur table departments
id : INTEGER
name : STRING

struktur table employees
id : INTEGER
department_id : INTEGER
first_name : STRING
last_name : STRING
hire_date :  DATE

kita akan mencipta kedua-dua table menggunakan arahan seperti di bawah

untuk cipta table departments
ruby script\generate scaffold department name:string

dan hasilnya seperti di bawah :





untuk cipta table employees
ruby script\generate scaffold employee department:references first_name:string last_name:string hire_date:date

dan hasilnya adalah seperti berikut:




Ruby On Rails telah mencipta skeleton dan juga fail migration untuk kedua-dua table tersebut. Untuk melaksanakan arahan cipta table, sila ikut arahan di bawah :

rake db:migrate

dan hasilnya adalah seperti berikut,



Jika anda masuk kembali ke dalam konsol MySQL atau PhpMyAdmin, cuba lihat di dalam database employees_development. Akan terdapat 2 table di dalamnya, departments dan employees.

Langkah 3 : mencuba aplikasi di browser
Arahan generate scaffold di atas juga akan membina skeleton MVC sementara untuk table departments dan employees. Sekarang, anda buka alamat http://localhost:3000/departments , dan klik pautan new, dan tambah beberapa department.










Hasil daripada arahan generate scaffold juga membolehkan anda menambah,pada,edit dan senarai data dari table departments.

Siri 2 tamat di sini, Tunggu kenunculan Siri 3 tidak lama lagi.

1 comment:

  1. wow, great inform of sql tutorial webmaster, thanks for share.

    ReplyDelete